Select Page

Tips Bisnes Online ini dibawakan khas oleh team marketing Proma Corporate House.

.

.

Dalam era digital yang serba canggih ini, bisnes online semakin mendapat tempat dan menjadi pilihan ramai usahawan.

Ia menawarkan pelbagai kelebihan termasuk kos permulaan yang rendah, fleksibiliti masa, dan capaian pasaran yang lebih luas.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memulakan bisnes online, artikel ini akan memberikan panduan dan tips berguna untuk memastikan perniagaan anda berjaya.

 

Tips Bisnes Online #1 – Pilih Niche dan Produk yang Sesuai

Mulanya saya nak gunakan perkataan ‘tepat’ berbanding ‘sesuai’.

Tapi, bila difikirkan semula, mana boleh kita tahu sama ada satu-satu niche atau produk itu tepat atau tidak.

Jadi, pilihlah ikut kesesuaian terlebih dahulu baik sesuai dari segi kepakaran anda, kefahaman anda, modal anda dan seumpamanya.

a. Menentukan Niche

Memilih niche yang tepat adalah langkah pertama dan paling penting dalam bisnes online. Niche adalah segmen khusus dalam pasaran yang mempunyai keperluan dan minat tertentu. Berikut adalah cara untuk memilih niche:

 

  • Minat dan Kepakaran: Pilih sesuatu yang anda minati dan mahir. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi dan memberikan yang terbaik.
    .
  • Kajian Pasaran: Lakukan kajian pasaran untuk mengenal pasti permintaan dan persaingan dalam niche tersebut.
    .
  • Keuntungan Potensi: Pastikan niche tersebut mempunyai potensi keuntungan yang baik.

b. Memilih Produk

Setelah memilih niche, langkah seterusnya adalah memilih produk yang sesuai. Anda boleh menjual produk fizikal, digital, atau menawarkan perkhidmatan.

Pastikan produk tersebut:

 

  • Berkualiti Tinggi: Produk yang berkualiti akan membina reputasi baik dan menarik pelanggan setia.
    .
  • Penyelesaian kepada Masalah: Produk yang menyelesaikan masalah pelanggan akan lebih mudah dijual.

 

Tips Bisnes Online #2 – Guna Website atau Plaform Jual Beli

Jangan pandang rendah kuasa membeli online.

Kalau pening nak buat website sendiri atau belum cukup modal, guna sahaja platform percuma yang ada seperti Lazada dan Shopee.

Oh. Tiktok pun boleh. Tapi anda kena faham, platform ini tetap mempunyai caj sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.

Baca dan faham segala terma dan syarat sebelum anda bermula.

Penting untuk anda faham semuanya supaya harga yang anda letak di platform tersebut masih mampu memberikan keuntungan buat anda.

 

Tips Bisnes #3 – Manfaatkan SEO!

Tahu tak Google berikan anda banyak peluang untuk memasarkan bisnes anda secara percuma?

Mungkin ramai yang tak tahu. Kalau tahu pun malas nak buat.

Seperti apa yang saya buat sekarang ini, saya kongsikan mengenai “Tips Bisnes Online” kepada anda.

Bila anda taip di Google, anda akan temukan artikel saya ini.

Bayangkan jika apa yang ditaip oleh orang ramai, membawa mereka kepada bisnes anda? Mesti best kan?

Google ada juga cara berbayar seperti Google Ads. Tapi, Google SEO masih menjadi.

Cuma, ia makan masa sekitar 90-120-360 hari untuk mula mendapatkan hasil bergantung pada saingan.

 

Tips Bisnes #4 – Manfaatkan Media Sosial!

Sayang sebenarnya kalau anda tak manfaatkan media sosial untuk bisnes online anda.

Facebook, Instagram, Tiktok, kena buat semua ke?

Kenal pasti dahulu siapa sasaran pelanggan anda dan di platform mana mereka lebih ramai.

Kemudian fokus pada platform tersebut terlebih dahulu.

Untuk platform lain, secure dahulu nama bisnes anda di semua platform tersebut supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.

Bergantung pada modal anda, jika anda mempunyai modal dan ilmu untuk membuat iklan berbayar, buatlah. Jika tidak, fokus pada penghasilan content yang berkualiti (pada mata bakal pelanggan anda).

Buat masa sekarang, algorithm di Instagram dan Tiktok masih memuaskan hati.

Untuk Facebook, berdasarkan pengalaman peribadi (mungkin saya tiada rezeki di sini), agak sukar untuk naik dengan personal branding dan mengambil masa yang lebih lama.

 

Tips Bisnes Online #5 – Jaga Akaun!

Biasanya, perkara yang paling menyukarkan pemilik bisnes untuk berkembang sama ada untuk mendapatkan pembiayaan atau membeli rumah atau kereta idaman adalah akaun mereka yang tidak teratur.

Pengurusan perakaunan yang baik adalah asas kepada perniagaan yang berjaya. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ia penting:

 

  • Bayaran Cukai: Memastikan anda membayar cukai dengan betul dan tepat pada masanya, mengelakkan denda dan penalti.
    .
  • Pembiayaan Perniagaan: Memudahkan urusan mendapatkan pembiayaan perniagaan dari bank dan institusi kewangan.
    .
  • Pembiayaan Perumahan dan Pembelian Aset: Rekod kewangan yang baik membantu anda mendapatkan pembiayaan perumahan, kereta, dan aset lain dengan lebih mudah.
    .
  • Pemantauan Kesihatan Kewangan: Membantu anda memantau kesihatan kewangan perniagaan dan membuat keputusan yang bijak.

.

Baca Juga: Tips Bisnes Berjaya Untuk Newbie

.

.

Pengalaman Kami

Kisah AMS yang berjaya lulus permohonan pinjaman untuk membeli lot komersial bernilai lebih setengah juta.

Perlukan bantuan atau konsultasi percuma mengenai servis akaun? Klik button di bawah. Anda akan dibawa terus untuk berurusan dengan Asyraf Amini di WhatsApp.

Kesimpulan

Memulakan bisnes online adalah langkah yang bijak dalam era digital ini.

Dengan memilih niche yang tepat, membangunkan laman web yang mesra pengguna, dan mengamalkan strategi pemasaran yang berkesan, anda boleh mencapai kejayaan dalam bisnes online.

Jangan lupa untuk mengurus kewangan dengan baik dan memberikan khidmat pelanggan yang cemerlang. Semoga tips-tips ini membantu anda dalam memulakan dan mengembangkan bisnes online anda. Selamat maju jaya!

Kenali penulis.

Asyraf Amini

Penulis merupakan individu yang berpengalaman di dalam bidang pensyarikatan, perakaunan, percukaian dan pemasaran. Selain itu, penulis juga sangat passionate berkenaan makanan, percutian dan senang kata sangat suka menulis.